MENANGANI BULI DALAM RUANG MAYA



Mengenal Pasti Dalam Menangani Cyberbullying". 

Tips Praktikal Untuk Melindungi Diri dan Orang Tersayang Dari Pada Buli Cyber.
 
"Bullying", atau buli bukan sahaja belaku ditaman permainan atau koridor sekolah, bahkan dengan istilah "dunia dihujung jari", pada masa ini, buli telah merebak terutamanya dikalangan remaja dan kanak kanak di dunia maya melalui platform digital, seperti media sosial, e-mel, dan aplikasi pesanan lainnya, yang lebih dikenali sebagai "CYBERBULLYING" atau buli siber. Isu ini telah merebak disemerata dunia, tidak terkecuali di Malaysia, dimana masalah ini telah dibentangkan Kementrian Pendidikan di Dewan Rakyat.
Dari Data Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) Kementrian Pendidikan Malaysia menunjukkan jumlah kes buli meningkat dari tahun 2021hingga 2023. Jumlah kes buli pada tahun 2021 telah dikongsikan oleh Timbalan Mentri Pendidikan, Lim Hui Ying di Dewan Rakyat, adalah kes terendah dengan jumlah kes 326 kes disebabkan karena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selepas itu pada tahun 2022 kes meningkat mendadak kepada 3,887 kes, manakala pada tahun berikutnya, sehingga Oktober 2023 jumlah meningkat kepada 4,994 kes. (1)

Dikutip dari UNICEF indonesia menghentikan cyberbullying bukan hanya tentang mengungkapkan siapa saja para pelaku bully, namun juga tentang menekankan bahwa semua orang berhak untuk dihormati – baik di dunia maya maupun di dunia nyata. 

## Apa Itu Cyberbullying?

Cyberbullying merujuk kepada tingkah laku agresif yang dilakukan secara berulang melibatkan penggunaan teknologi melalui media elektronik atau digital dengan cara mengejek, mengancam, atau mengganggu seseorang. Ia boleh berlaku melalui pelbagai medium seperti:

- Media Sosial : Facebook, Instagram, Twitter, dan platform lain.
- E-mel : Pesanan yang berisi ancaman atau penghinaan.
- Aplikasi Pesanan : WhatsApp, Telegram, dan seumpamanya.
- Forum Dalam Talian : Ruang sembang atau komen dalam blog.


## Bentuk-bentuk cyberbullying

1. Gangguan berterusan melalui mesej atau komen.

Dengan memasukkan elemen-elemen penghinaan, ancaman dan pengasingan sosial yang merupakan ciri-ciri umum dalam cyberbullying untuk tujuan merendahkan harga diri mangsa dan membuat mangsa merasa terasing dan tidak dihargai.
 
Contoh :

1.a. "Kenapa kau tak hilang sahaja dari sini. Dunia akan jadi lebih baik tanpa kau"
1.b. "kau bodoh dan tak guna. Semua orang tau kau gagal dalam segala hal".
1.c. "Tak ada orang yang mahu berkawan dengan kau. Kau patut malu dengan diri kau sendiri".

2. Penyebaran maklumat peribadi tanpa kebenaran.
 
Adalah tindakan dimana seseorang atau pihak tertentu menyebarkan atau berkongsi maklumat peribadi orang lain kepada umum atau pihak ketiga tanpa persetujuan pemilik maklumat, yang boleh menyebabkan kesan negatif seperti gangguan, kecurian identiti atau pencabulan privasi

Contoh :

2.a. Seorang pelajar sekolah menengah, Ali. Telah berkongsi nomor telepon dengan rekannya, Sarah, dalam sebuah kumpulan whatsApp, tanpa kebenaran Sarah. Beberapa rekan sekelas mula mengganggu Sarah dengan mesej-mesej yang tidak sepatutnya. Keadaan ini membuat Sarah merasa terganggu dan tidak selamat.
 
2.b. Seorang pekerja syarikat membocorkan maklumat kewangan dan peribadi pelanggan kepada pihak ketiga, tanpa kebenaran pelanggan tersebut. Maklumat berupa kad kredit, alamat dan sejarah pembelian yang kemudian digunakan untuk tujuan penipuan oleh pihak ketiga.

3. Ugutan atau ancaman dalam talian.

Tindakan dimana seseorang menggunakan platform digital untuk tujuan menakut-nakutkan, menekan dan mencederakan dalam berbagai bentuk termasuk ugutan secara emosional, fizikal, doxing dan ancaman terhadap reputasi. 

Contoh :

3.a. Ugutan emosional.
"kalau kau tak jawab mesej aku, aku akan bunuh diri, dan ini semua disebabkan kau".

3.b. Ugutan fiIkal. 
"kalau kau tak berhenti bercakap pasal aku, aku akan cari kau, aku tahu kau tinggal dimana dan aku tak teragak-agak untuk gunakan kekerasan". 

3.c. Ugutan Doxing (penyebaran maklumat). 
"aku ada gambar-gambar peribadi, alamat rumah dan hal-hal peribadi kau lainnya. Kalau kau tak transfer aku RM 500 ke akaun aku, aku akan dedahkan hal peribadi kau dan aku akan pastikan semua orang disekolah ini tahu".

3.d. Ugutan reputasi. 
"kalau kau tak ikut cakap aku,  aku akan sebarkan khabar angin palsu kepada bos kau dan pastikan kau di pecat. 

4. Pengecualian sosial dalam komuniti digital.

4.a. Pengasingan dalam kumpulan chat.
Pengecualian seseorang dalam perbincangan penting tentang tugasan dan aktiviti kelas dalam sebuah kumpulan chat,  menyebabkan orang itu merasa terasing dan ketinggalan dalam maklumat penting. 

4.b. Pengabaian di forum atau media sosial. 
Komen-komen dari seseorang anggota komuniti dalam sebuah forum, tetapi komen atau ide yang dicadangkannya diabaikan dan tidak mendapat respon, sementara komen dari anggota lainnya sering kali mendapat balasan dan perhatian.

4.c. pengecualian berdasarkan identiti. 
Seseorang yang selalu ditinggalkan dan disingkirkan dari perbincangan topik-topik tertentu dalam komuniti online sisebabkan identitinya yang tidak disukai yang akhirnya orang tersebut merasa tersisih dan terisolasi. 

4.d. Tidak diundang ke aktiviti online. 
Sekumpulan rakan dalam komuniti permainan video, sering bermain bersama dan mengadakan sesi permainan dalam talian. Karena kurang kemahiran dalam permainan video, seseorang dalam komuniti itu tidak diundang dalam permainan tersebut. Akibatnya orang tersebut merasa diketepikan dan kehilangan peluang untuk berinteraksi dengan rekan-rekan lainnya. 

5. Penyebaran gambar atau video memalukan.

Rakaman video seseorang dalam situasi memalukan atau tidak diingini dan menyebarkannya tanpa persetujuan orang tersebut dengan maksud untuk memperolok-olokkan atau merendahkan maruah seseorang boleh memberikan kesan buruk kepada harga diri dan reputasi mangsa. 

## Jenis Cyberbullying

1. Outing dan Trickery.

* Outing : 
Tindakan menyebarkan rahasia orang lain, berupa foto-foto pribadi yang apabila disebarkan akan menimbulkan rasa malu atau depresi.

* Trickery : 
Tindakan tipu daya yang dilakukan dengan membujuk orang lain untuk memperoleh rahasia hingga foto pribadi calon korban.

2. Flaming.
Upaya seseorang dalam memprovakasi, mengejek dan menghina hingga menyinggung perasaan korban.

3. Impersonation.
Berpura pura menjadi orang lain atau menyamar guna melancarkan aksinya dalam mengirimkan pesa-pesan dan status yang tidak baik.

4. Harassment.
Biasanya berupa menulis komentar secara terus menerus dengan tujuan menimbulkan kegelisahan.

5. Cybertalking.
Merupakan perbuatan memata-matai, mengganggu dan mencemarkan nama baik terhadap seseorang hingga depresi pada korban.

6. Denigration.
Tindakan pencemaran nama baik ini dilakukan secara sengaja dan sadar oleh pelaku untuk mengumbar keburukan orang lain melalui internet.

## Kesan Cyberbullying

Cyberbullying boleh memberi kesan yang mendalam kepada mangsa :

1. Tekanan emosi dan kemurungan.
2. Penurunan prestasi akademik atau kerja.
3. Pengasingan sosial.
4. Masalah kesihatan mental jangka panjang.
5. Dalam kes ekstrim, boleh membawa kepada pemikiran atau percubaan bunuh diri.
6. Trauma jangka panjang.
7. Rasa bimbang dan rendah diri.
8. Ketagihan dadah dan alkohol.


## Tanda-tanda Cyberbullying

Untuk melindungi diri dan orang tersayang daripada cyberbullying, penting untuk mengenali tanda-tanda awal. Beberapa petunjuk termasuk:

1. Perubahan Sikap :
Kanak-kanak atau remaja mungkin menunjukkan perubahan emosi atau tingkah laku, seperti menjadi lebih pendiam atau mudah marah.

2. Penggunaan Teknologi Berlebihan : Perubahan dalam cara penggunaan telefon pintar atau komputer boleh menunjukkan masalah.

3. Kehilangan Minat : 
Mengurangkan minat terhadap aktiviti atau hobinya yang sebelumnya disukai.

## Faktor yang mempengaruhi Cyberbullying

1. Faktor individu, diantaranya :
Pengalaman kekerasan, persepsi, gender, usia, kontrol psikologis, penggunaan zat diktif. 

2. Faktor keluarga meliputi 
Pola asuh, dukungan keluarga, dan stress orang tua. 

3. Faktor teman berupa dukungan. 

4. Faktor sekolah yaitu jenis sekolah.

5. Faktor terakhir yaitu 
Penggunaan internet berupa intensitas dan kompetensi media etis. 

## Langkah-langkah Menangani Cyberbullying

1. Pendidikan dan Kesedaran
Mendidik anak-anak dan remaja tentang cyberbullying adalah langkah awal yang penting. Mereka perlu tahu apa itu cyberbullying dan bagaimana cara untuk melaporkan atau bertindak balas.

2. Penggunaan Alat Sekuriti
Gunakan alat sekuriti dan privasi pada platform digital. Kebanyakan media sosial menawarkan tetapan privasi yang boleh membantu melindungi maklumat peribadi.

3. Melaporkan Kes
Sekiranya berlaku cyberbullying, penting untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa platform atau sekolah. Kebanyakan platform media sosial mempunyai prosedur khusus untuk menangani laporan buli siber.

4. Sokongan Emosi
Sokongan emosi daripada keluarga dan rakan-rakan sangat penting. Berbincanglah dengan orang tersayang tentang pengalaman anda untuk mendapatkan sokongan dan nasihat.

5. Menambah jumlah guru kaunseling.
Cadangan menambah jumlah guru kaunseling di sekolah adalah cadangan alternatif bagi kerajaan melalui Kementrian Pendidikan sekiranya kes buli terus meningkat.

6. Langkah-langkah Hukum
Dalam kes yang serius, melibatkan pihak berkuasa seperti polis mungkin diperlukan. Mereka boleh membantu mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku buli siber.

## Langkah Pencegahan

Untuk mengelakkan terjadinya cyberbullying, pertimbangkan langkah-langkah berikut:

1. Tetapkan Kawalan Privasi : Hadkan akses kepada maklumat peribadi di internet.
2. Berhati-hati dengan Kongsi Maklumat : Elakkan berkongsi maklumat peribadi yang sensitif.
3. Gunakan kata laluan yang kukuh.
4. Berhati hati dengan permintaan persahabatan dan mesej.
5. Laporkan dan sekat pembuli.
6. Simpan bukti.
7. Jangan bertindak balas
8. Latihan Berkala : Ajar anak-anak tentang penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab.


## Kesimpulan

Cyberbullying adalah isu serius yang memerlukan perhatian dan tindakan yang sesuai. Dengan pendidikan, sokongan, dan penggunaan teknologi yang bijak, kita dapat mengurangkan kesan buli siber dan melindungi diri serta orang tersayang daripada ancaman dalam ruang maya.

Untuk menangani kes buli terutamanya dikalangan murid sekolah adalah dengan kaunseling dan bimbingan. Mereka harus diberikan kesadaran dan bimbingan yang sepatutnya, untuk tahu mengapa mereka membuli, ingin buli dan lakukan perbuatan buli.

Sumber bantuan

Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami cyberbullying, hubungi :

* Talian kasih : 15999
* Befrienders KL : 03-7627 2929
* Cyber Security Malaysia : 1-300-88-2999
* Talian khas aduan buli : 03-8884 9352://
   e-mail : adubuli@moe.gov.my
* Portal Aduan buli :
   https://moe.gov.my/aduan buli
  

[ Soalan Lazim]

1. T : Adakah cyberbullying satu kesalahan di Malaysia?
    J : Ya, cyberbullying boleh didakwa dibawah akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

2. T : Bagaimana saya boleh melindungi anak saya daripada cyberbullying?
    J : Pantau aktiviti dalam talian mereka, ajar tentang keselamatan siber, bina hubungan dengan mereka

3. T : Apakah langkah pertama jika saya jadi mangsa cyberbullying?
    J : Simpan bukti, sekat pembuli dan laporkan kepada platform berkenaan.

4. T : Bolehkah sekolah mengambil tindakan terhadap pelaku cyberbullying?
    J : Ya, pihak sekolah boleh mengambil tindakan disiplin jika cyberbullying melibatkan pelajar mereka.

5. T : Bagaimana saya boleh membantu seseorang yang mengalami cyberbullying?
    J : Dengar dan beri sokongan emosi, bantu mereka mendokumentasikan segala bukti dan galakkan mereka untuk mendapatkan bantuan profesional jika perlu.

Referensi artikel: 

1. Daud, R. (2023, November 1). 4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023. Astro Awani. 
<ahref="https://www.astroawani.com/berita-malaysia/4994-kes-buli-direkodkan-dari-januari-hingga-oktober-2023">TeksPautanAnda</a>

2. World Health Organization. (2023). Mental Health in the Digital Age. WHO. <ahref="https://www.who.int/mental-health-digital-age">TeksPautanAnda</a>

3. UNICEF Indonesia. (n.d.). Cyberbullying: Apa itu dan bagaimana menghentikannya. UNICEF.
 <ahref="https://www.unicef.org/indonesia/child-protection/cyberbullying-apa-itu-dan-bagaimana-menghentikannya">TeksPautanAnda</a>

4. Jalal, N. M., Idris, M., & Muliana, M. (2021). Faktor-Faktor Cyberbullying Pada Remaja. IKRA-ITH Humaniora: Jurnal Sosial dan Humaniora, 5(2), 1-9.

5. Abnor Hamizam Abd Manap. (2024, January 2). Karena mahu berkuasa. <ahref="mailto:bhpendidikan@bh.com.my" style="color: blue;">bhpendidikan@bh.com.my (2024). Karen mahu berkuasa</a>

6. Percakapan dengan asisten AI mengenai referensi artikel. Diakses pada 16 Ogos 2024.

7. Balqis Jazimah Zahari
<ahref="mailto:bhnews@bh.com.my"style="color:blue;" (2022). Teks Pautan Anda</a>


This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.  
<ahref="https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0">TeksPautanAnda</a>

For commercial use or licensing inquiries, please contact :
e-mail : pocketrocketman80@gmail.com
or :
https://wa. me/60165463037?text=salam%20dan%20selamat%20datang!%20bagaimana%20bisa%20saya%20bantu











Komentar

Postingan populer dari blog ini

Memahami Mpox: Penyakit, Gejala, dan Pencegahan